Bagi mereka yang memilih Pembayaran Terus dengan kad kredit (tetapi untuk mengelakkan keraguan, tidak termasuk App Store atau Google Play), sila lawati "Profil saya" di viu.com dan pilih tab "Akaun Saya".
Untuk pengguna iOS, sila ikuti langkah di bawah atau semak tapak web yang berkaitan:
1. Pergi ke "Tetapan" pada peranti anda
2. Klik akaun anda
3. Klik "Langganan" (Jika anda tidak melihat "Langganan", klik "iTunes & App Store" sebaliknya. Kemudian klik Apple ID anda, klik "Lihat Apple ID", log masuk, tatal ke bawah ke "Langganan", dan klik Langganan.)
4. Pilih "Viu Premium"
Untuk pengguna Android, sila ikuti langkah di bawah atau semak tapak web yang berkaitan:
1. Buka Gedung Google Play pada peranti anda
2. Semak sama ada anda telah log masuk ke Akaun Google yang betul
3. Klik "Menu" dan kemudian Langganan"
4. Pilih "Viu Premium"