Anda bebas untuk mendaftar Viu Premium sama ada dengan nombor telefon bimbit, Facebook ID, alamat e-mel, e-mel Google atau dengan menggunakan Apple ID anda. Ikuti sahaja langkah mudah ini:
1. Muat turun dan pasang aplikasi Viu daripada Gedung Google Play atau Apple App Store.
2. Di halaman utaman, klik pada butang menu di sebelah kiri atas.
3. Tatal atau skrol ke bawah dan pilih "Jom Premium".
4. Pilih pelan pilihan anda dan klik 'Pilih' untuk melanggan.
5. Pilih kaedah pembayaran yang anda mahu gunakan dan teruskan dengan pembayaran.