Anda bebas untuk mendaftar Viu Premium sama ada dengan nombor telefon bimbit, Facebook ID, alamat e-mel, e-mel Google atau dengan menggunakan Apple ID anda. Ikuti sahaja langkah mudah ini:
Untuk langganan melalui Aplikasi Viu di telefon:
- Muat turun dan pasang aplikasi Viu daripada Gedung Google Play, Apple App Store atau Huawei AppGallery.
- Di halaman utama, klik pada butang menu di sebelah kiri atas.
- Leret atau skrol ke bawah dan pilih "Naik taraf sekarang".
- Pilih pelan pilihan anda dan klik 'Pilih' untuk melanggan.
- Pilih kaedah pembayaran yang anda mahu gunakan dan teruskan dengan pembayaran.
Untuk langganan melalui laman web:
- Klik pada ikon "Ahli" di sebelah atas kanan.
- Pilih "Naik taraf sekarang"
- Pilih pelan pilihan anda dan klik 'Pilih' untuk melanggan.
- Pilih kaedah pembayaran yang anda mahu gunakan dan teruskan dengan pembayaran.